JOM INFAK UNTUK AKHIRAT KITA

BAGI MENAIK TARAF KANTIN PUSAT PENDIDIDIKAN AL-AZHAR

Pusat Pendidikan Al-Azhar (PPAZ) merupakan pusat pendidikan swasta (Sekolah Agama Rakyat) berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, dibina dengan tujuan mendidik pelajar ke arah menjadi insan soleh wamusleh. Ia di asas sejak tahun 1989 dimulai dengan sekolah rendah. Di pusat pendidikan ini terdapat dua sekolah utama iaitu Sekolah Menengah Al-Azhar dan Sekolah Rendah Al-Azhar. Sistem pendidikannya menggunakan sistem pendidikan bersepadu iaitu integrasi antara Kurikulum Kebangsaan, Kurikulum Ikram Musleh (Kurikulum Agama) serta Tahfiz.

Sumber kewangan utama adalah dari yuran bulanan pelajar. Walaibagaimana pun sumber kewangan pembangunan adalah dari sumbangan luar (seperti sumbangan masyarakat). Kali ini projek utama yang akan dibangunkan adalah BANGUNAN KANTIN sekolah bagi menggantikan kantin yang telah uzur. Dengan ini pihak PPAZ membuka peluang kepada seluruh masyarakat untuk menyumbang. Semoga Allah memberikan pahala yang berterusan kepada para penyumbang.

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti dengan sebiji / sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai (bulir), pada tiap-tiap tangkai  pula ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. Al Baqarah 126

Pemandangan Kantin PPAZ Sedia Ada

Cadangan Kantin Baharu PPAZ ( ANGGARAN KOS RM550,000.00)

Maklumat Untuk Sumbangan

Akaun: SEKOLAH RENDAH AL-AZHAR TABUNG PEMBANGUNAN
NO. Akaun: 02039010010310
Bank Islam Malaysia Bhd
Pertanyaan: Tel 0134992760 (Suriati) 

klik Bank anda:      [BIMB ]  [CIMB]  [MUAMALAT]  [MAYBANK]   [BANK RAKYAT]

Hubungi Kami

Thank you for contacting us. We will get back to you as soon as possible
Oops. An error occurred.
Click here to try again.